TAIPING: Petinju dari 12 negara bakal berentap pada Kejohanan Muay Antarabangsa Malaysia (MIMAC) 2024 di Dataran Warisan Taiping di sini pada 30 Mei hingga 2 Jun ini.
Acara berprestij anjuran Persatuan Tomoi Negeri Perak itu menyaksikan penyertaan peserta antara lain dari Thailand, Vietnam, Kemboja, Iran, Laos dan Afghanistan.
Presidennya Mohd Ezry Azamin Abdul Wahab berkata penganjuran kali pertama ini diadakan bagi merancakkan Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 sekali gus menjadi sebuah acara hebat mengisi kalendar aktiviti pelancongan tahun ini.
"Kesemua peserta ini berusia antara 16 hingga 21 tahun bagi peringkat profesional akan merebut 12 tali pinggang yang dipertandingkan pada kejohanan itu pada sebelah malam.
"Pada sebelah siang, perlawanan hanya melibatkan peserta tempatan dalam tiga kategori iaitu Super Kid (9-11 tahun), Remaja (12-16 tahun) dan Terbuka 16 hingga 21 tahun," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas Kejohanan Pra-MIMAC 2024 di Taiping Mall yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, yang juga Ahli Parlimen Taiping.
Mohd Ezry Azamin berkata selain dari mempromosi TMP 2024, acara kali ini juga bertujuan untuk menaik taraf kejohanan sukan muay tempatan ke peringkat antarabangsa.
"Kita menyasarkan lebih 5,000 peminat seni mempertahan diri dari dalam dan luar negara bakal memenuhi Dataran Warisan Taiping.
"Kejohanan ini dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan kita harap sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dapat diangkat menjadi sukan teras," katanya.
Katanya Taiping dipilih sebagai lokasi kejohanan sempena sambutan 150 tahun bandar Taiping sebagai bandar warisan malah lokasinya yang strategik mampu menjadikan ia sebagai pusat kejohanan Muay peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Petinju dari 12 negara bakal berentap pada Kejohanan Muay Antarabangsa Malaysia (MIMAC) 2024 di Dataran Warisan Taiping di sini pada 30 Mei hingga 2 Jun ini. - Foto BERNAMA
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
12 negara sertai kejohanan MIMAC 2024
Petinju dari 12 negara bakal berentap pada Kejohanan Muay Antarabangsa Malaysia (MIMAC) 2024 di Dataran Warisan Taiping pada 30 Mei hingga 2 Jun ini.